Sunday 4 December 2011

Kepentingan Tanah

1. Tempat tinggal


Allah S.W.T telah menjadikan manusia dan juga telah mencipta tempat tinggal yang terbaik untuk manusia di atas muka bumi ini. Maksud firman Allah S.W.T;

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi tempat berkumpul orang yang hidup dan mati (orang hidup berkumpul di permukaannya dan orang mati ditanam di perut bumi).”
(Al-Mursilat:25-26)


2. Tempat menyimpan sisa-sisa buangan

Fungsi tanah amat penting untuk menyerap dan menyimpan sisa-sisa yang tidak digunakan lagi supaya tidak mencemarkan alam sekitar. Apabila sisasisa itu telah disimpan dan diserap oleh tanah maka ia tidak lagi mengganggu manusia dengan bau yang busuk, gangguan kesihatan dan sebagainya. Namun begitu, sisa-sisa buangan itu hendaklah ditanam di kawasan-kawasan tertentu supaya tidak mencemarkan kawasan lain


3. Tempat menyimpan dan menapis air

Allah S.W.T telah menurunkan air hujan supaya penduduk di muka bumi ini dapat memanfaatkannya. Air hujan yang diturunkan akan menyerap masuk ke perut bumi dan akan dikeluarkan kembali untuk faedah manusia dan haiwan di muka bumi melalui mata air yang memancar keluar dari gunung-ganang yang kemudian menjadi air terjun yang jernih dan sejuk mengalir menjadi sungai-sungai. Allah S.W.T menjelaskan berkenaan hal ini di dalam Al-Quran yang bermaksud;

“Dan Kami telah menurunkan air hujan dari langit (dengan sukatan tertentu) serta Kami tempatkannya tersimpan di dalam bumi,dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”
(Al-Mukminun:18)


4. Tempat untuk pengeluaran hasil pertanian dan ternakan

Struktur tanah yang subur amat penting untuk akiviti pertanian di samping meningkatkan pengeluarannya bagi menampung keperluan hidup manusia. Hal ini disebabkan sumber utama makanan manusia adalah berpunca daripada hasil pertanian. Selain itu, tanah-tanah lembah yang dipenuhi tumbuhan menghijau juga amat sesuai dijadikan tempat untuk memelihara binatang ternakan. Maksud Firman Allah S.W.T:

“Tanah yang baik tumbuh tanamannya (dengan subur) dengan izin Tuhan (Allah), tetapi tanah yang tidak baik, tumbuh-tumbuhannya hanya tumbuh merana. Begitulah Kami menjelaskan keterangan itu untuk kamu yang bersyukur (menghargai jasa).”
(Al-A’raf:58)


5. Alat bersuci (tayammum)

Tanah merupakan alat untuk bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar apabila tidak ada air atau mempunyai keuzuran yang menghalang penggunaan air. Tanah yang boleh digunakan hanyalah tanah yang bersih dan suci daripada najis. Perkara ini bertujuan membolehkan manusia melakukan amal ibadat yang berterusan kepada Allah S.W.T. Maksud firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

Hendaklah kamu bertayammum dengan tanah yang baik (bersih).”
(Al-Ma’idah:6)


6. Sumber sedekah


Tanah boleh dijadikan sumber sedekah sama ada kepada sanak saudara, sahabat handai dan sebagainya. Tanah juga boleh diwakafkan untuk kepentingan umat Islam seperti untuk dijadikan masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah dan sebagainya. Sudah pasti tanah yang ingin disedekahkan untuk tujuan kebaikan mempunyai nilai dan kualiti yang baik dan bukannya tanah yang telah tercemar. Tanah yang telah tercemar hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuh

No comments:

Post a Comment