Wednesday 23 November 2011

Hijau

Assalamualaikum!

Hijau merupakan istilah untuk melestarikan alam sekitar. Antara perkara yang berkait rapat dengan keberterusan alam sekitar ini ialah pengguna hijau dan teknologi hijau.

Pengguna Hijau

  • Seorang pengguna yang mementingkan alam sekitar
  • Membeli barangan yang mesra alam(barangan eko)
  • Menggunakan kenderaan hibrid
  • Membeli produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula

Teknologi Hijau

Kaedah & bahan atau satu teknik menghasilkan tenaga yang tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.

Berdasarkan Dasar Teknologi Hijau Negara, Malaysia;

  1. Keberterusan - Memenuhi keperluan masyarakat secara terus-menerus sehingga masa hadapan tanpa merosakkan alam sekitar.
  2. Rekabentuk buaian ke buaian( Cradle to cradle) - Produk yang boleh diguna semula dan bukannya produk "buaian ke kubur".
  3. Pengurangan sumber- Mengurangkan sisa buangan & pencemaran dengan mengubah pola pengeluaran dan penggunaan.
  4. Inovasi- Mengurangkan sisa buangan dan pencemaran dengan mengubah polar pengeluaran dan penggunaan.

Cabang & bidang 'Teknologi Hijau'

  • Tenaga - Mungkin merupakan masalah yang paling mendesak untuk mewujudkan teknologi hijau. Ini termasuk pengembangan bahan api alternatif, yang merupakan kaedah baru untuk menghasilkan tenaga dan kecekapan tenaga.
  • Bangunan hijau- Bangunan hijau meliputi semua aspek daripada pemilihan bahan binaan sehingga tempat bangunan tersebut berada.
  • Persekitaran lebih suka membeli- Ini merupakan inovasi kerajaan yang melibatkan pencarian produk yang kandungan dan kaedah pengeluaran mungkin mempunyai kesan yang terkecil terhadap alam sekitar, dan mandat bahawa ia merupakan produk pilihan untuk pembelian kerajaan.
  • Bahan Kimia hijau- Penemuan, desain dan aplikasi produk kimia dan proses untuk mengurangkan atau menghilangkan penggunaan dan pengeluaran bahan berbahaya.
  • Nanoteknologi hijau- Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer, iaitu bersamaan dengan satu bilion meter. Sesetengah saintis percaya bahawa misteri perkara ini pada masa akan datang, yang bakal mengubah kaedah pengeluaran semua benda di dunia ini. cara bahawa segala sesuatu di dunia ini dicipta. ”Nanoteknologi hijau” adalah penerapan bahan kimia hijau dan prinsip-prinsip kejuruteraan hijau dalam bidang ini.

*Barangan Eko = Barangan yang tiada bunkusan atau kurang bungkusan, diperbuat daripada bahan semulajadi, tidak mencemarkan alam sekitar.

Rujukan:

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/612-pengguna-hijau-untuk-kelestarian-alam-sekitar


    Friday 11 November 2011

    Di sebalik 'hijau'

    Hijau? Tidak pernah terlintas di fikiran untuk membuat kajian tentang hijau, tentang perkataan hijau itu sendiri? Apa itu hijau? Kemukakanlah soalan ini kepada sesiapa pun, mustahil tiada orang yang tidak boleh menjawabnya. Sedangkan kanak-kanak kecil pun aku pasti tahu jawapannya. Hijau itu, warna.

    Warna, memang itu jawapan pertama yang terlintas di fikiran. Tapi jauh di pelusuk minda, aku pasti makna hijau adalah lebih daripada sekadar warna. Hidup kita tidak akan lari daripada dikelilingi warna hijau. Secara psikologinya, hijau merupakan warna yang memberi ketenangan kepada setiap mata yang memandang.

    Setiap kejadian itu ada alasannya, bukan begitu? Segala puji untuk Allah yang Maha Bijaksana. Allah Maha Pencipta, hidup kita dikelilingi hijau, rumput, daun-daun, tumbuh-tumbuhan, ciptaan Allah. Sebagai manusia, kita seharusnya bijak dalam menyelami dan mengkaji setiap ciptaan-Nya. Adalah mustahil bagi kita untuk menyelami segalanya, tapi tiada salahnya dalam mencuba.

    Pernahkah manusia sedar akan kepentingan sebenar hijau dalam hidup kita. Hijau bukan sekadar warna. Bukan sama sekali. Hijau melambangkan alam, flora, keamanan, ketenangan, kesejahteraan. Hilangnya hijau, hilanglah punca ketenangan kita, malah jika dipanjangkan tempoh kehilangan hijau, hilanglah kita. Mengapa? Flora. Bukankah flora merupakan salah satu penyumbang terbesar oksigen di dunia. Udara yang kita hirup? Tanpa mereka, bernafas lagikah kita?

    Sayangilah kehijauan dunia. Peliharalah segala kurniaan Allah. Hargailah segala yang ada sementara kita masih memilikinya di sisi.