Monday 24 October 2011

Keberkesanan Kemampanan

Sejak kemampanan diperkenalkan, berbagai-bagai usaha secara menerus dari banyak pihak. antaranya ialah,

Penubuhan persatuan-persatuan kebangsaan dan global untuk meneruskan kemampanan di dunia ini. Dengan penubuhan persatuan-persatuan ini, berbagai usaha telah dijalankan bagi menjaga dan memulihkan alam sekitar daripada rosak dan pupus. antara persatuan-persatuan yang giat aktif ialah OWW Consulting, World Wide Fund for Nature (WWF) dan lain-lain lagi.

Selain itu, kempen-kempen dijalankan bagi memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar di seluruh negara dan di seluruh dunia. dengan kempen-kempen ini, persatuan-persatuan yang terlibat dapat mengumpul dana dan menyebarkan cara-cara mencapai, keberkesanan, dan kesan kemampanan. antara kempen yang telah dijalankan ialah Kempen Alam Sekitar 2011 yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 26 March.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga haruslah memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar. Peranan kerajaan dalam kemampanan telah dijalankan dengan melibatkan malaysia didalam program pembagunan Negara-Negara Bersatu (UN), United Nation Development Programme pada tahun 2008. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menjalankan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 7 Februari 2011 bagi mengurangkan penggunaan beg plastik.

Rujukan:

http://www.oww-consulting.com/information/definition
http://www.undp.org.my/malaysia-sustainable-community-forest-management-in-sabah
http://www.wwf.org.my/about_wwf/who_we_are/
http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2011/04/kempen-alam-sekitar-hargai-alam-sekitar.html
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2011/03/kempen-kesedaran-alam-sekitar-negeri.html
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=562024

Wednesday 5 October 2011

Ekosistem2: Kitaran



 Rajah di atas menggambarkan dua idea utama fungsi ekosistem iaitu:
  1.   Ekosistem mempunyai kitaran tenaga
  2. Bahan kitaran ekosistem
Keduanya saling berkait rapat dan berhubung antara satu dengan yang lain, namun itu tidak bermakna keduanya merupakan suatu perkara yang sama.

Tenaga hadir dalam sistem biologikal melalui tenaga cahaya atau photon yang kemudiannya ditransformasikan kepada tenaga kimia dalam molekul organik melalui proses selular termasuklah proses fotosintesis dan perkumuhan, yang kemudian ditukarkan pula kepada tenaga haba. Tanpa tenaga solar atau tenaga suria, sistem biologi akan musnah dengan segera.

Elemen seperti karbon, nitrogen, atau fosforus mampu memasuki organisme hidup melalui pelbagai cara. Tumbuhan memperolehi elemen-elemen itu melalui persekitaran atmosfera, air dan tanah. Haiwan juga mendapatkan elemen-elemen ini secara terus daripada persekitaran fizikal, tetapi kebiasaannya, mereka mendapatkannya melalui makanan mereka, iaitu organisme lain. Bahan ini kemudian ditransformasikan melalui biokimia dalam badan organisme-organisme tersebut, namun kemudian disebabkan oleh perkumuhan atau penguraian, mereka kembali kepada bentuk inorganik. Bakteria melengkapkan proses ini melalui proses penguraian.

Semasa penguraian, bahan ini tidak dimusnahkan atau hilang. Maka, bumi menjadi sistem tertutup bagi elemen-elemen (kecuali sekiranya meteorit memasuki sistem pada masa akan dating). Kitaran ini berlaku secara berterusan dalam kalangan biotik dan abiotik di dalam ekosistem. Semua elemen yang bekalannya mempunyai had aktiviti biologikal adalah nutrien.

Sumber:
  1. http://www.globalchange.umich.edu/globalchange1/current/lectures/kling/ecosystem/ecosystem.html
  2. http://library.thinkquest.org/11353/ecosystems.htm
  3. wikipedia
  4. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology.
  5. Ian H. Thompson, 1999. Ecology Community and Delight, Sources of Values in Landscape Architecture.

Ekosistem1: Maksud dan Bahagian

Apa itu ekosistem?
Ekosistem adalah merupakan hubungan interaksi dinamik antara tumbuhan, haiwan dan mikro-organisme dengan persekitaran mereka yang bekerja sebagai suatu unit.
Dari sudut pandangan trofik (daripada “trophe”=penyuburan), ekosistem mempunyai dua komponen iaitu:
1.    Komponen autotrofik (penyuburan sendiri)
2.    Komponen heterotrof (penyuburan lain)

Komponen autotrofik
Mengikat tenaga cahaya, menggunakan bahan tak organik yang ringkas dan membina bahan kompleks yang lebih berpengaruh

Komponen heterotrofik
Penggunaan, pengaturan semula dan penguraian bahan kompleks yang lebih mempengaruhi daripada yang lain
Subbahagian heterotrof yang disarankan oleh Wiegert dan Owens (1970) adalah seperti berikut:
1.    Biofaj (organisme yang memakan organisme lain)
2.    Saprofaj (organisme yang memakan jirim organic yang mati)

Untuk penguraian yang lebih jelas, adalah lebih mudah jika kita mengenali komponen berikut yang terdapat dalam ekosistem:
Komponen Abiosis
Biojisim (benda hidup)
Bahan tak organik
(CN, CO₂, H₂O, dan lain-lain)

Pengeluar
(organisme autotrof, tumbuhan hijau yang boleh menghasilkan makanan daripada bahan tak organik yang ringkas)

Sebatian organik
(protein, karbohidrat, lipid dan lain-lain)

Makropengguna atau fagotof
(organisme heterotrof, haiwan utama yang memakan organisme lain atau jirim organik)
Rejim iklim
(suhu dan faktor fizik lain)

Mikropengguna, saprotof
(organisme heterotrof, terutamanya bakteria dan kulat, yang menguraikan sebatian kompleks protoplasm yang mati)


Sumber:
  1. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology.
  2. wikipedia 

Tuesday 4 October 2011

Kebergantungan

Assalamualaikum!

Dalam mempelajari ekologi pembangunan yang mampan kita mesti berfikir secara holistik dan bukan dualistik. Seperti sarnag lebah yang berbentuk hexagon, pemahaman dan pengetahuan kita terhadap ekologi pembangunan yang mampan juga perlu bercorak bersepadu. Kunci untuk memahami ekologi adalah pengetahuan mengenai semua elemen dalam sistem, tidak kiralah yang hidup ataupun bukan hidup kerana mereka saling bergantung antara satu sama lain.

Bagaimana pembangunan menjejaskan alam?

Kebergantungan adalah salah satu pengetahuan yang kita perlu dalami untuk menghasilkan ekologi pembangunan yang mampan.

Kebergantungan sebenarnya adalah hubungan antara bangunan dan sistem alam atau proses pembinaan bangunan. Melalui pengetahuan mengenai kebergantungan ini kita akan mampu meneliti kesan setiap keputusan yang kita ambil terahadap seluruh sistem alam berbanding hanya menitikberatkan bahan-bahan, kewangan dan tapak.

Tiga sistem kebergantungan adalah alam bina, kitaran biogeokimia dan ekosistem. Alam bina mempengaruhi kedua-dua sistem ini.



Penerangan yang lebih lanjut dan terperinci akan saya terangkan pada coretan yang seterusnya. Semoga bertemu lagi pada masa akan datang, dengan izin Rabbul Azim.

Wassalam.

Rujukan: Graham, Peter. (2003). Building Ecology: First Principles for a Sustainable Built Environment. Blackwell Publishing Company.

Ekologi 2: Pembahagian

Ekologi boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Autekelogi
2. Sinekologi 

Autekologi:
Berkaitan dengan kajian atau organisme atau satu spesies.
Riwayat hidup dan tabiat sebagai penyesuaian lebih diberikan penekanan.

Sinekologi:
Berkaitan dengan kajian kumpulan yang berkaitan antara satu dengan yang lain sebagai satu unit.

Ekologi juga boleh disubbahagikan secara taksonomi sebagai contoh:
1.    Ekologi tumbuhan
2.    Ekologi serangga
3.    Ekologi mikro
4.    Ekologi vertebrat
Orientasi dalam kumpulan taksonomi yang terhad adalah lebih baik kerana perhatian dapat ditumpukan kepada sifat yang istimewa atau aneh dalam sifat kumpulan tersebut serta ke atas perkembangan kaedah yang lebih jelas

Sumber: 
  1. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology. Saunders College Publishing, a division of Holt, Rinehart and Winston

Ekologi 1: Maksud

Perkataan ekologi terbit daripada perkataan “οἶκος” (fonetik : oikos) yang bermaksud rumah (dalam Bahasa Inggeris adalah “house” bukan “home”) atau tempat tinggal.

Dalam erti kata lain, ekologi adalah suatu pembelajaran dan kajian mengenai organisme di rumah.

Selalunya ekologi didefinisikan mempunyai perkaitan dengan organisme dengan persekitarannya.Sains saling berkaitan dengan organisme hidup serta persekitarannya.

Definisi Webster's Unbridged yang bersesuaian dengan abad ke-20 adalah 
sejumlah atau pola pertalian antara organisme dan persekitarannya

Pada masa akan datang, definisi yang lebih baik berkemungkinan adalah 
biologi persekitaran

Sumber: 
2. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology. Saunders College Publishing, a division of Holt, Rinehart and Winston