Showing posts with label ecology. Show all posts
Showing posts with label ecology. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Ekosistem2: Kitaran



 Rajah di atas menggambarkan dua idea utama fungsi ekosistem iaitu:
  1.   Ekosistem mempunyai kitaran tenaga
  2. Bahan kitaran ekosistem
Keduanya saling berkait rapat dan berhubung antara satu dengan yang lain, namun itu tidak bermakna keduanya merupakan suatu perkara yang sama.

Tenaga hadir dalam sistem biologikal melalui tenaga cahaya atau photon yang kemudiannya ditransformasikan kepada tenaga kimia dalam molekul organik melalui proses selular termasuklah proses fotosintesis dan perkumuhan, yang kemudian ditukarkan pula kepada tenaga haba. Tanpa tenaga solar atau tenaga suria, sistem biologi akan musnah dengan segera.

Elemen seperti karbon, nitrogen, atau fosforus mampu memasuki organisme hidup melalui pelbagai cara. Tumbuhan memperolehi elemen-elemen itu melalui persekitaran atmosfera, air dan tanah. Haiwan juga mendapatkan elemen-elemen ini secara terus daripada persekitaran fizikal, tetapi kebiasaannya, mereka mendapatkannya melalui makanan mereka, iaitu organisme lain. Bahan ini kemudian ditransformasikan melalui biokimia dalam badan organisme-organisme tersebut, namun kemudian disebabkan oleh perkumuhan atau penguraian, mereka kembali kepada bentuk inorganik. Bakteria melengkapkan proses ini melalui proses penguraian.

Semasa penguraian, bahan ini tidak dimusnahkan atau hilang. Maka, bumi menjadi sistem tertutup bagi elemen-elemen (kecuali sekiranya meteorit memasuki sistem pada masa akan dating). Kitaran ini berlaku secara berterusan dalam kalangan biotik dan abiotik di dalam ekosistem. Semua elemen yang bekalannya mempunyai had aktiviti biologikal adalah nutrien.

Sumber:
  1. http://www.globalchange.umich.edu/globalchange1/current/lectures/kling/ecosystem/ecosystem.html
  2. http://library.thinkquest.org/11353/ecosystems.htm
  3. wikipedia
  4. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology.
  5. Ian H. Thompson, 1999. Ecology Community and Delight, Sources of Values in Landscape Architecture.

Ekosistem1: Maksud dan Bahagian

Apa itu ekosistem?
Ekosistem adalah merupakan hubungan interaksi dinamik antara tumbuhan, haiwan dan mikro-organisme dengan persekitaran mereka yang bekerja sebagai suatu unit.
Dari sudut pandangan trofik (daripada “trophe”=penyuburan), ekosistem mempunyai dua komponen iaitu:
1.    Komponen autotrofik (penyuburan sendiri)
2.    Komponen heterotrof (penyuburan lain)

Komponen autotrofik
Mengikat tenaga cahaya, menggunakan bahan tak organik yang ringkas dan membina bahan kompleks yang lebih berpengaruh

Komponen heterotrofik
Penggunaan, pengaturan semula dan penguraian bahan kompleks yang lebih mempengaruhi daripada yang lain
Subbahagian heterotrof yang disarankan oleh Wiegert dan Owens (1970) adalah seperti berikut:
1.    Biofaj (organisme yang memakan organisme lain)
2.    Saprofaj (organisme yang memakan jirim organic yang mati)

Untuk penguraian yang lebih jelas, adalah lebih mudah jika kita mengenali komponen berikut yang terdapat dalam ekosistem:
Komponen Abiosis
Biojisim (benda hidup)
Bahan tak organik
(CN, CO₂, H₂O, dan lain-lain)

Pengeluar
(organisme autotrof, tumbuhan hijau yang boleh menghasilkan makanan daripada bahan tak organik yang ringkas)

Sebatian organik
(protein, karbohidrat, lipid dan lain-lain)

Makropengguna atau fagotof
(organisme heterotrof, haiwan utama yang memakan organisme lain atau jirim organik)
Rejim iklim
(suhu dan faktor fizik lain)

Mikropengguna, saprotof
(organisme heterotrof, terutamanya bakteria dan kulat, yang menguraikan sebatian kompleks protoplasm yang mati)


Sumber:
  1. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology.
  2. wikipedia 

Tuesday, 4 October 2011

Ekologi 2: Pembahagian

Ekologi boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Autekelogi
2. Sinekologi 

Autekologi:
Berkaitan dengan kajian atau organisme atau satu spesies.
Riwayat hidup dan tabiat sebagai penyesuaian lebih diberikan penekanan.

Sinekologi:
Berkaitan dengan kajian kumpulan yang berkaitan antara satu dengan yang lain sebagai satu unit.

Ekologi juga boleh disubbahagikan secara taksonomi sebagai contoh:
1.    Ekologi tumbuhan
2.    Ekologi serangga
3.    Ekologi mikro
4.    Ekologi vertebrat
Orientasi dalam kumpulan taksonomi yang terhad adalah lebih baik kerana perhatian dapat ditumpukan kepada sifat yang istimewa atau aneh dalam sifat kumpulan tersebut serta ke atas perkembangan kaedah yang lebih jelas

Sumber: 
  1. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology. Saunders College Publishing, a division of Holt, Rinehart and Winston

Ekologi 1: Maksud

Perkataan ekologi terbit daripada perkataan “οἶκος” (fonetik : oikos) yang bermaksud rumah (dalam Bahasa Inggeris adalah “house” bukan “home”) atau tempat tinggal.

Dalam erti kata lain, ekologi adalah suatu pembelajaran dan kajian mengenai organisme di rumah.

Selalunya ekologi didefinisikan mempunyai perkaitan dengan organisme dengan persekitarannya.Sains saling berkaitan dengan organisme hidup serta persekitarannya.

Definisi Webster's Unbridged yang bersesuaian dengan abad ke-20 adalah 
sejumlah atau pola pertalian antara organisme dan persekitarannya

Pada masa akan datang, definisi yang lebih baik berkemungkinan adalah 
biologi persekitaran

Sumber: 
2. Eugene P. Odum, 1971. Fundamentals of Ecology. Saunders College Publishing, a division of Holt, Rinehart and Winston